IOC-Trophy-2019

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah memilih Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebagai penerima Anugerah Trofi IOC 2019 “Sport and Sustainable Architecture” .

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merupakan sebuah badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Peranan utama PSM adalah untuk mengurus dan menyelenggara kompleks dan arena sukan yang telah dipertanggungjawabkan oleh KBS. Kompleks dan arena sukan yang berada di bawah pengurusan PSM bukan sahaja dibuka untuk tempahan acara sukan tetapi juga untuk acara bukan sukan seperti konsert, konvensyen, ekspo dan pameran, majlis perkahwinan dan acara-acara lain yang bersesuaian mengikut arena pilihan.

Antara kompleks dan arena sukan yang diuruskan oleh PSM adalah Bandar Sukan Kuala Lumpur, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kompleks Sukan Jalan Duta, Kompleks Sukan Setiawangsa dan Kompleks Sukan Shah Alam.

Bandar Sukan Kuala Lumpur yang dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sukan Bukit Jalil telah menjadi tuan rumah kepada Temasya Sukan Komanwel Ke-16 pada 1998, Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-21 pada 2001 dan Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-29 pada 2017.

Projek Pemulihan dan Pembangunan Sumula Kompleks Sukan Bukit Jalil telah diusahakan oleh MRCB untuk mentranformasikan Kompleks Sukan Bukit Jalil menjadi Bandar Sukan Kuala Lumpur menjelang Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-29 Kuala Lumpur 2017.

Projek Pemulihan dan Pembangunan Semula tersebut termasuk menaik taraf kesemua kemudahan sukan, menyediakan kemudahan latihan sukan, pusat sains sukan, kemudahan sukan untuk semua, muzium sukan, pusat konvensyen dan pusat beli-belah yang berfokus pada sukan.

Ekoran daripada Projek Pemulihan dan Pembangunan Semula tersebut juga, Bandar Sukan Kuala Lumpur telah memenangi Anugerah dalam Kategori Reka Bentuk Pencahayaan Luar dalam Majlis Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2018-2019. Tambahan itu, Stadium Nasional Bukit Jalil turut dinamakan sebagai Stadium Terbaik Dunia 2018.