Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Noor Abdul Rahim Terima Penganugerahan Tokoh Sukan - Olympic Council of Malaysia Olympic Council of Malaysia


Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Noor Abdul Rahim Terima Penganugerahan Tokoh Sukan



Lembaga Eksekutif MOM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Noor Abdul Rahim, Naib Presiden MOM, di atas penganugerahan sebagai Tokoh Sukan sempena Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2017-2018, pada hari Jumaat, 11 Oktober 2019, di Putrajaya.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Y.B. Tuan Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.

Penganugerahan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan dan khidmat bakti Tan Sri Mohamad Noor dalam pembangunan sukan selama hampir 40 tahun.

Beliau pernah terpilih untuk memimpin persatuan/persekutuan sukan di pelbagai peringkat seperti berikut:

  1. Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (1982-1989);
  2. Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (2001-2010);
  3. Presiden Persatuan Tenpin Boling Kuala Lumpur (1982-kini);
  4. Timbalan Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (1984-2015);
  5. Presiden Persatuan Bina Badan Perak (1989-1990);
  6. Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Kelantan (1991-1994);
  7. Naib Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (1995-1996);
  8. Presiden Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang (1995-1999);
  9. Bendahari Persatuan Bolasepak Malaysia (2006-2010);
  10. Presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (2007-2009);
  11. Presiden Persekutuan Sepaktakraw Kuala Lumpur (2009);
  12. Persatuan Golf Kuala Lumpur (2016-kini);
  13. Naib Presiden Persatuan Golf Malaysia (2015-2017);
  14. Presiden Persekutuan Petanque Malaysia (2014-2017);
  15. Presiden Konfederasi Sukan Boules Asia (2017-kini).

The Malay College Old Boys’ Association

To view the full post on Our Facebook Page, click here.


Partners & Sponsors