YDPA bersama Menteri Belia & Sukan dan Presiden MOM
OCM News

Yang di-Pertuan Agong Menerima Mengadap Menteri Belia dan Sukan dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima mengadap Menteri Belia dan Sukan, Y.B. Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Y.H. Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria pada hari Khamis, 14 November 2019 di Istana Negara.

Pada pertemuan tersebut, Y.B. Syed Saddiq dan Y.H. Dato’ Sri Norza telah mempersembahkan pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-30 yang bakal berlangsung mulai 30 November 2019 sehingga 11 Disember 2019.

Mereka turut menyembah maklum mengenai persediaan Kontinjen Malaysia yang akan mengambil bahagian dalam 52 daripada 56 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya terbesar di rantau Asia Tenggara tersebut.

Junjung Kasih Tuanku!

To view the full post on Our Facebook Page, click here.

 

Tags OCM News,